« Back

12 Asnaf Terima Bantuan Di Program Santai Serapan Bersama ADUN Paroi

 

SENAWANG, 9 FEB –Seramai 12 orang asnaf dari sekitar Senawang menerima bantuan di Program Santai Serapan Bersama Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paroi yang diadakan bertempat di Surau Taman Satria.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Baitulmal Daerah Seremban telah memperuntukan sebanyak RM12,500 bagi menyediakan bantuan perubatan, bantuan am persekolahan dan bantuan perniagaan untuk di agihkan kepada asnaf bagi meringankan beban mereka yang hadir hari ini.

Bantuan tersebut telah di sampaikan oleh ADUN Paroi, Yb Tuan Mohd Ghazali Abd Wahid.
Hadir sama, Pegawai Baitulmal Daerah Seremban, Ustaz Mohd Zahid Mohamad.