« Back

152 Asnaf Daerah Seremban Terima Zakat SSM

 

 

SEREMBAN, 02 SEPT - Majlis Pengagihan Zakat Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Seremban telah diadakan di Masjid Kariah Labu Hilir hari ini.

Seramai 152 orang asnaf dari 10 buah kariah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Labu mendapat manfaat dengan menerima bantuan zakat sebanyak RM200 seorang.

Bagi memenuhi tanggungjawab korporat kepada masyarakat terutama golongan asnaf dan fakir miskin, pihak SSM telah memperuntukkan sebanyak RM30,400 untuk tujuan program yang diadakan ini.

Pihak SSM turut mengagihkan bantuan kepada setiap masjid dimana 11 buah masjid yang terpilih iaitu Masjid pasir Putih, Masjid Kampung Tengah, Masjid Pekan Labu Masjid Lambar, Masjid Labu Hilir, Masjid Gadong Jaya, Masjid Gadong Lama, Masjid Kampung Jijan, Masjid Bukit Kadir Dan Masjid LBJ dan Masjid Kuarters KLIA masing- masing menerima RM1000.

Bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Labu, Yb Tuan Haji Ismail Ahmad.

Seawal majlis, para asnaf turut diberikan ceramah pengisian rohani yang telah disampaikan oleh Penceramah jemputan dari Madrasah Raudhah Al Ilmi, Ustaz Che Amran Yusof.

Hadir sama, Pengarah Negeri SSM, Tuan Haji Rashidan Abd Rashid; Pegawai Baitulmal Daerah Seremban, Ustaz Mohd Zahid Mohamad; Timbalan Pengarah Klinik Pakar USIM, Dr.Razniwan Rashid dan Pengerusi Masjid Kariah Labu Hilir, Tuan Haji Abd Muthalib Mahmud.