« Back

21,763 Sertai Program Khatam Al-Quran Perdana

 

SEREMBAN 2, 12 JUN - Seramai 21,763 peserta terlibat di dalam Program Tadarus Khatam Al-Quran Perdana (PTKAQP) bagi tahun 2017M/1438H yang bermula pada 27 Mei 2017M bersamaan 01 Ramadan 1438H.

Majlis kemuncak PTKAQP 2017 telah berlangsung hari ini di Masjid Hussain Seremban 2 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dengan penglibatan seramai 2,000 peserta.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS), YM Raja Datin Seri Dato' Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Program PTKAQP ini adalah anjuran PEKERTI NS bersama Kerajaan Negeri Sembilan.

Sebanyak 23 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh Malaysia, 18 IPTA di Negeri Sembilan, 57 sekolah menengah di Negeri Sembilan, pelajar tingkatan enam di 11 sekolah menengah di Negeri Sembilan, ahli-ahli gabungan NSWO, Kompleks Pusat Islam Masjid Imam Haji Kahar Rantau, Masjid Negeri, Seremban dan Masjid Hussain Seremban 2 terlibat dalam program ini.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad; Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohd Shukor Sabudin; Pengarah JHEAINS, Dato' Selamat Paigo dan Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran Kamarudin.