« Back

257 Orang Asnaf Dari DUN Seri Menanti Terima Bantuan

 

30/10 - 257 Orang Asnaf Dari DUN Seri Menanti Terima Bantuan Tambahan Baitulmal

KUALA PILAH, 30 OKT - Sebanyak RM25,700 dari sumber fidyah telah diperuntukkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah bagi diagihkan kepada 257 orang asnaf yang hadir di dalam Program Bicara Zakat 'Asnaf Yang Diutamakan' hari ini.

Program yang telah diadakan di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti Kuala Pilah ini melibatkan asnaf dari 14 buah Kariah di bawah Dewan Undangan Negeri Seri Menanti dan masing-masing menerima RM200 seorang.

Bantuan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Pilah, Ustazah Srirahayu Sarifin.

Turut diadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Ustazah Asma' Harun.

Hadir sama, Pegawai Baitulmal Cawangan Johol, Ustazah Rosidah dan Setiausaha Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti Kuala Pilah, Ustaz Hanafi.