« Back

321 Asnaf DUN Bagan Pinang Terima Bantuan Aidilfitri

 

321 Asnaf Sekitar Daerah Port Dickson Terima Bantuan Tambahan Hari Raya

PORT DICKSON, 13 JUN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson memperuntukkan sebanyak RM96,300 bagi diagihkan kepada 321 orang asnaf Sekitar Daerah Port Dickson Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Setiap asnaf menerima bantuan tambahan dengan masing-masing menerima sebanyak RM300 seorang.

Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said.

Pihak MAINS juga turut memperuntukkan sebanyak RM36,300 bagi tujuan agihan bantuan hari raya kepada anak-anak yatim. Bantuan tersebut diagihkan kepada 13 masjid Sekitar Daerah Port Dickson

Hadir sama, Pegawai Baitulmal Daerah Port Dickson, Puan Jumiatul Adawiyah Ismail dan Pengerusi Masjid Kariah Teluk Kemang, Tuan Haji Arifin Ngah.

Di majlis yang sama setiap para asnaf yang hadir turut diberikan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Penceramah dari Pusat Kauseling MAINS, Encik Wan Aminuddin Wan Abdullah.