« Back

354 Asnaf Fakir MIskin Terima Bantuan Baitulmal

 

KUALA PILAH, 28 SEPT - Seramai 354 asnaf fakir dan miskin daripada 18 buah masjid di sekitar DUN Johol telah menerima bantuan di program Sambutan Awal Muharram dan Penyampaian Bantuan Kepada Asnaf Fakir dan Miskin di Masjid Nursalbiah Kariah Selaru, Kuala Pilah.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah telah memperuntukkan di dalam program ini sebanyak RM354,400 bagi diagihkan kepada para asnaf yang hadir.

Perasmian dan penyampaian bantuan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Johol, YB Tuan Haji Abu Samah Mahat.

Selain itu, turut diadakan juga ceramah agama yang telah disampaikan oleh Pengurus Al-Iman Motivation and Training, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Turut hadir, Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said dan Pengurus Baitulmal Kuala Pilah, Ustaz Hasbollah Ahmad.