« Back

400 ASNAF FAKIR MISKIN KOTA TERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM40,000

 

REMBAU, 4 Apr - Seramai 400 orang asnaf fakir miskin dari kawasan Kota hari ini telah diraikan dalam Majlis Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dan Penyampaian Bantuan Fakir Miskin Daerah Rembau Kawasan Kota bertempat di Majlis Kariah Kota, Rembau.

Majlis dimulakan dengan santapan rohani oleh Dr. Shuhadak bin Mahmud, Ahli Majlis Fatwa Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Ceramah yang disampaikan berkisar mengenai persediaan khusus untuk para asnaf dalam menghadapi bulan Ramadhan dari aspek rohani dan jasmani.

Penyampaian bantuan telah disampaikan oleh Ust. Zainal bin Said, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Setiap asnaf yang hadir menerima RM100 setiap orang. Turut hadir Ust. Abdul Hadi bin Abdul Aziz, Pegawai Baitulmal Daerah Rembau dan Ust. Suhaimi bin Abdul Aziz, Penyelia Baitulmal Daerah Rembau.