« Back

ADUN Chembong Rasmi Bantuan Persekolahan Sesi 2018

 

ADUN Chembong Rasmi Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Baitulmal Daerah Rembau

REMBAU, 15 DIS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chembong, YB Dato' Haji Zaifulbahri Haji Idris berkesempatan menyempurnakan Perasmian serta Penyampaian Bantuan Persekolahan bagi Sesi 2018 bertempat di Dewan Perdana PPD Rembau.

Seramai 149 asnaf dan 325 pelajar dikalangan anak asnaf dari dua DUN iaitu DUN Chembong dan DUN Kota menerima cek bantuan persekolahan hari ini.

Bantuan kelengkapan persekolahan turut diberikan dimana setiap pelajar menerima kelengkapan pakaian sekolah seperti dua pasang baju kurung sekolah, dua pasang kemeja sekolah lelaki, sepasang baju melayu, dua helai tudung, dua pasang kasut serta dua pasang stokin.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Rembau telah memperuntukkan sebanyak RM63,250 bagi tujuan penyempurnaan program ini.

Di majlis yang sama, pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Pakar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said dan Pegawai Baitulmal Daerah Rembau, Puan Fairusha Jemali.