« Back

ASNAF FAKIR MISKIN, SURAU, MASJID DI BAWAH LUAK INAS TERIMA BANTUAN RAYA

 

JOHOL, 9 Mei - DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir malam tadi telah berkenan menyampaikan kurnia bantuan hari raya kepada 25 orang asnaf fakir miskin, 7 buah surau dan 4 buah masjid di bawah Luak Inas dalam Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Tuanku. Majlis dimulakan dengan keberangkatan tiba DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada jam 7.10 malam diikuti dengan berbuka puasa bersama dif-dif kehormat dan orang ramai.

Dalam majlis tersebut, setiap asnaf fakir miskin menerima RM300 setiap seorang. Saguhati tahunan untuk setiap surau berjumlah RM500 manakala RM2500 diperuntukkan untuk masjid. Surau dan masjid yang bertuah menerima saguhati ini adalah berdasarkan keaktifan dalam menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dipantau oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Hadir sama YM Penghulu Luak Inas disertai YBhg Dato' Hj. Mohamed bin Hj. Husein, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ust. Mohd. Hasni bin Zulkifle, Ketua Wilayah Timur, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan serta dif-dif kehormat.