« Back

Bacaan Yasin & Doa Selamat Sempena Keputeraan Tuanku Muhriz

 

 

Bacaan Yasin & Doa Selamat Sempena Keputeraan Tuanku Muhriz

Seremban, 9 Januari 2013 - Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan di Masjid Negeri, Seremban sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni al Marhum Tuanku Munawir yang ke-66 pada 14 Januari akan datang.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin di ikuti bacaan tahlil selepas solat Maghrib. DYMM Tuanku Muhriz turut mencemar duli bagi bersama-sama rakyat dalam majlis yang diadakan tersebut.

Turut hadir, kedua-dua Putera baginda, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al'Abidin ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Tampin, YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Undang Luak Sg. Ujong Dato' Kelana Putra Mubarak Bin Thohak, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Mat Ali bin Hasan serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain

 


Pages: 1  2