« Back

Ibadah Korban Masyarakat Orang Asli Kampung Air Lerek

 

JOHOL, 04 SEPT - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menyumbangkan sebanyak dua ekor lembu untuk tujuan ibadah Korban bagi masyarakat Orang Asli yang diadakan di Surau Al- Iman Kampung Orang Asli Air Lerek, Johol.

YTM Undang Luak Johol, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Muhammad Abdullah turut memperuntukkan seekor lembu di dalam program korban ini.

Dua ekor lembu korban ini diagihkan kepada 54 orang asli yang beragama Islam manakala seekor lagi lembu yang disembelih disedekahkan kepada 35 keluarga orang asli bukan Islam .

Pengagihan daging korban ini melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Air Lerek, Kampung Senibai, Kampung Air Runtuh dan Kampung Pulasan yang telah disempurnakan oleh Iman 1 Kampung Air Lerek, Ustaz Abd Aziz.

Gotong-royong ibadah korban ini melibatkan masyarakat orang asli Islam dan bukan Islam serta dibantu oleh 24 orang Pengerak Masyarakat orang Asli dan rakan ziarah Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Hadir sama, Imam Surau Al - Iman Kampung Air Lerek, Ustaz Ahmad Daud Leman dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Ustaz Wafiq.