« Back

Lawatan Jabatan Mufti Negeri Sarawak ke Balai Cerap Telok Kemang

 

 

Balai Cerap Telok Kemang
1 Oktober 2018

Lawatan Jabatan Mufti Negeri Sarawak ke Balai Cerap Telok Kemang. Delegasi lawatan seramai 20 orang termasuk Sahibus Samahah YBhg Datu Haji Kipli bin Haji Yassin (Mufti Negeri Sarawak), Encik Safeei bin Ali Timbalan (Wakil Peguam Besar Negeri Sarawak), YBhg Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim (Setiausaha Lembaga Fatwa Negeri Sarawak), Ahli-ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak, dan pegawai iringan.

Lawatan ini dibantu oleh Penolong Pengurus Balai Cerap Telok Kemang, Encik Muzamir Haji Mazlan dan staf BCTK. Penerangan tentang visi dan kepentingan Balai Cerap Telok Kemang kepada masyarakat umum dan keupayaan Balai Cerap Telok Kemang menjadi pusat pelancongan astro-tourism membuka mata masyarakat mendalami ilmu astronomi.

Walaubagaimanapun, cerapan tidak dapat dilakukan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.