« Back

Lawatan Kerja Deligasi Dari China

 

SEREMBAN, 29 NOV- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menerima kunjungan hormat dari deligasi China di aras 16 bangunan MAINS, hari ini.

Lawatan kerja ini bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan serta perkongsian maklumat mengenai perkongsian zakat, peluang pekerjaan, system E-halal dan perkhidmatan selain menjalinkan hubungan dua hala bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan memperkenalkan system mesin Zakat Elektronik yang dikendalikan oleh juruzakat dan operator yang memantau melalui system Amil Intelligent Zakat Could and Service System (IMAN).

Antara lain,mewujudkan peluang pekerjaan yang bakal di laksanakan bagi pengurusan zakat, teknikal dan pembiayaan pendidikan bagi mereka yang layak.

Hadir sama, Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin serta Pegawai Khas MAINS, Ustaz Omar Mokhtar Md.Yunus.