« Back

Mahabbah Rasul Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah.

 

Mahabbah Rasul Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tampin Tahun 1440H / 2018M

TAMPIN, 28 SEPT - Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri berkenan hadir bagi menyempurnakan Majlis Mahabbah Rasul Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tampin Tahun 1440H / 2018M telah diadakan di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Peringkat Daerah bertemakan " Menyantuni Umat Membawa Rahmat" ini anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Tampin mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah dan Tanah Tampin serta Majlis Daerah Tampin.

Selain itu, YTM Tunku Besar Tampin turut merasmikan Pelancaran Tabung Pembangunan Masjid Baru dan menyampaikan cek bantuan kepada pihak Masjid Tunku Besar Tampin.

Pihak MAINS memperuntukkan sebanyak RM 5 juta bagi diagihkan kepada tabung pembangunan Masjid baru.

Selain itu pihak masjid turut menerima bantuan sebanyak Rm80ribu hasil sumbangan dari kutipan dan derma orang ramai serta RM10 ribu dari sumbangan peribadi.

Ceramah Khas sempena Sambutan Maal Hijrah telah disampaikan oleh Penceramah jemputan Khas, Pengerusi Masjid Puncak Alam,Tuan Guru Dr. Shuhadak Mahmud.

Seramai 1000 orang dikalangan penduduk setempat serta pelajar hadir bagi menjayakan majlis yang diadakan ini.

Majlis turut diserikan dengan alunan Qasidah oleh Qasidah Sahah Al-Ja' fari.

Hadir sama, Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin; Pegawai Agama Islam Daerah Tampin, Ustaz Muhyidin Aziz@Saari dan Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharudin.