« Back

Majlis Bacaan Yasin,Tahlil Dan Doa Selamat Masjid Negeri

 

Majlis Bacaan "Yasin,Tahlil Dan Doa Selamat", Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 1439H/2018M.

SEREMBAN, 30 OGOS - Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama dari semua Jabatan dan agensi agama Negeri Sembilan telah menganjurkan "Majlis Bacaan Yasin,Tahlil Dan Doa Selamat", Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 1439H/2018M di Masjid Negeri Negeri Sembilan,hari ini.

Program yang bermula pada jam 6.00petang sehingga 10.30malam ini, melibatkan 1500 peserta dikalangan isteri-isteri EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan, pelajar maahad tahfiz sekitar kawasan Seremban dan Ampangan, para pelajar sekolah kawasan Seremban, badan bukan kerajaan (NGO) dan para penduduk sekitar Seremban.

Majlis Bacaan Yasin,Tahlil Dan Doa Selamat ini telah di pimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan, Dr. Muhammad Yusry Mazlan.

Antara lain, turut diselitkan takzirah bertajuk" Sayangi Malaysiaku", yang di sampaikan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Negeri Sembilan,Tuan Haji Jaafar Muhammad.

Matlamat program ini di jalankan adalah bagi memupuk semangat cintakan negara dan memperingati perjuangan generasi lama bagi memerdekakan Malaysia semasa pemerintahan British dahulu kala serta mendoakan para pejuang bangsa yang telah pergi selamanya.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun dan isteri YABhg, Puan Wan Hasni Yusuf, Sohibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dato' Mohd Yusuf Haji Ahmad, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Tuan Abas Nordin, Dato' Haji Mohamed Haji Husein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Selamat Paigo.