« Back

Majlis Berbuka Puasa Bersama YTM Undang Luak Rembau

 

 

9/6 Majlis Berbuka Puasa Bersama YTM Undang Luak Rembau

REMBAU, 9 JUN - 138 buah surau dari DUN Kota dan Chembong menerima bantuan tambahan dalam Majlis Berbuka Puasa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir dan Guru Kafa bersama Yang Teramat Mulia(YTM) Undang Luak rembau.

Undang Luak Rembau, Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharip Haji Othman, berkenan hadir ke Masjid An-Nur Rembau bagi menyempurnakan majlis dan penyampaian tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan RM 69,000 untuk dagihkan kepada 80 buah surau dari DUN Kota dan 58 buah surau lagi dari DUN Chembong dengan setiap surau mendapat bantuan berjumlah RM 500.

Pejabat Baitulmal Daerah Rembau mengadakan majlis penyampaian bantuan tersebut dengan kerjasama dari Pejabat Agama Islam Daerah Rembau.

Dalam majlis tersebut turut diadakan tazkirah khas Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Zamani Ibrahim setelah usai solat Maghrib.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Haji Selamat Paigo, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau,Ustaz Fadhli Yutiman, Pegawai Baitulmal Daerah Seremban, Ustaz Mohd Zahid Mohamad dan Penolong Pegawai Baitulmal Daerah Rembau, Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Aziz.