« Back

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Nilai.

 

 

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kariah Masjid Putra Nilai.

NILAI, 10 JUN - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir Miskin telah diadakan di Masjid Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai, malam tadi.

Sebanyak RM6,300 telah diagihkan kepada 63 anak-anak yatim dengan RM100 setiap orang manakala RM9,200 pula telah diagihkan kepada 46 asnaf fakir miskin dari sekitar kariah masjid tersebut.

Selain itu, sejumlah RM4,500 juga turut diagihkan kepada sembilan buah surau dari kariah yang sama.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin hadir menyempurnakan majlis penyampaian tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Kariah Masjid Klana Petra Nilai, Dato' Haji Wazir Muaz.