« Back

Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Asnaf

 

Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Asnaf Daerah Seremban

PANTAI, 9 JUN - Seramai 28 asnaf fakir miskin dari kariah Masjid Kariah Pantai menerima bantuan Hari Raya dalam Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Asnaf Daerah Seremban yang diadakan di Masjid Kariah Pantai, malam tadi.

Undang Luak Sungai Ujong, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Dohak berkenan hadir menyempurnakan penyampaian bantuan tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Seremban telah memperuntukkan sebanyak RM8,400 untuk diagihkan kepada asnaf yang hadir.

YTM Dato' Haji Mubarak Dohak turut berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim, pelajar Tahfiz dan tiga buah surau dari sekitar kawasan Pantai.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Tuan Suhaimi Kassin; Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin; Pegawai Agama Daerah Seremban, Tuan Rozimi Zamri dan Pegawai Baitulmal Daerah Seremban, Tuan Haji Mohd Zahid Mohamad.