« Back

Majlis Khatam Hafaz Al-Quran Kali ke 3 Dan Haflah Takrim

 

 

Majlis Khatam Hafaz Al-Quran Kali ke 3 Dan Haflah Takrim Huffaz 2018

GEMENCHEH, 26 OKT - Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Majlis Khatam Hafaz Al-Quran Kali Ke-3 Dan Hallah Takrim Huffaz 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina MANS hari ini.

Program ini adalah salah satu program tahunan yang dilaksanakan sebagai tanda syukur dengan kejayaan 18 orang pelajar iaitu 4 orang dari tingkatan lima, 13 orang dari tingkatan empat dan seorang dari tingkatan 3 telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Objektif program ini diadakan bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang istiqa'mah dalam tarbiah huffaz, menanam semangat cintakan Al- Quran dan menanam motivasi diri yang unggul disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak.

Majlis perasmian serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Daerah Tampin, Yb Dr. Hassan Baharom.

Beliau turut menyampaikan sijil khatam awal, anugerah pelajar cemerlang dan anugerah guru cemerlang.

Di majlis yang sama, turut diadakan Seminar Pemantapan Hafazan Siri ke 2 yang telah disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Amru Al- Haz Adenan.

Hadir sama, Pengerusi MAINS, Dato' Haji Mohamed Hussien; Pengarah JHEAINS, Tuan Haji Muhyidin Aziz@Saari dan Pengetua MANS, Ustaz Abdul Rahim Maamor.