« Back

Majlis Maulid Akbar bersempena Haflah Mega Maulidur Rasul 1439H

 

SEREMBAN 2, 1 DIS -Majlis Maulid Akbar bersempena Haflah Mega Maulidur Rasul 1439H MHS2 anjuran Masjid Hussain Seremban 2 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah diadakan.

Antara pengisian yang diadakan iaitu penyampaian tausiyah oleh AJK Fatwa, Dr. Shuhadak Mahmood mengenai keperluan menyambut maulidur rasul serta manfaat bagi penyambutnya dan tausiyah dari Imam Masjid Al Ghufran TTDI ,Dr. Shahid Mohd Noh mengenai sambutan maulid dan hukumnya.

Bacaan tilawah al quran surah furqan mengikut riwayat hafs an asim diikuti surah ad dhuha mengikut riwayat warsh an nafi' serta bacaan bait-bait kitab "al-barzanji" diikuti qasidah "madad ya rasulullah".

Majlis diserikan lagi dengan alunan qasidah "qomarun" oleh kumpulan raba'ah dan selawat "solla alaikallahu ya adnani" beramai-ramai bersama jemaah dipimpin oleh kumpulan raba'ah.

Hadir sama, Tan Sri Rashid Hussain beserta isteri Puan Sri Hani dan Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin