« Back

Majlis Pengkhataman Kitab Muwatta Kali ke-2

Tarikh: 5 Januari 2014
Tempat: Masjid Negeri
 
 
SEREMBAN - Majlis Pengkhataman Kitab Muwatta Kali ke-2 telah diadakan di Masjid Negeri dimana hampir 1000 yang hadir terdiri daripada pelajar dan peserta dari Yayasan Sofa Negeri Sembilan bagi memeriahkan majlis.
 
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
 
Bacaan kitab Muwatta telah diperdengarkan selepas solat Maghrib sebelum tazkirah ringkas dari ulama' Libya Sayyid  Adel Muhammad Mukhtar.
 
Turut hadir,  YBhg. Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Sanusi, Pengerusi Akidah Kerjaan Negeri Sembilan, Yang Arif Dato' Haji Mohd. Shukor Bin Sabudin dan Setiausaha MAINS, En. Kamal Amran Bin Kamarudin.
 
Oleh: Mizi / Khairul