« Back

Majlis Penutup Program Pembangunan Al-Quran SMK Dato' Sheikh Ahmad

 

SEREMBAN, 02 NOV - Majlis Penutup Program Pembangunan Al-Quran SMK Dato' Sheikh Ahmad telah diadakan bertempat di Surau Ibad Ar-Rahman, sekolah berkenaan, hari ini.

Bermula sejak tahun 2015, program ini mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam memartabatkan kecintaan dan penguasaan Al-Quran dalam kalangan warga sekolah.

Program ini digerakkan melalui aktiviti ko akademik iaitu Kelas Tahfiz Al-Quran dan Kelas Kemahiran Al-Quran.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengurus Sekretariat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT) MAINS, Tuan Haji Mohd Noor Uzairi Adam ini turut meraikan 21 pelajar-pelajar Mumtaz yang memberi kebanggaan kepada seluruh warga SMK Dato' Sheikh Ahmad.