« Back

Majlis Penutup Program Tafaqquh

 

Majlis Penutup Program Tafaqquh Perdana 2018 Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

SEREMBAN, 29 NOV - Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menganjurkan "Program Tafaqquh Perdana 2018" bertemakan tajuk "Melestarikan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" di Klana Resort Seremban, hari ini.

Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Undang Luak Sungei Ujong Dato' Klana Petra, Dato' Haji Mubarak Bin Dohak berkenan hadir bagi majlis penutup program Tafaqquh Perdana 2018 yang di hadiri seramai 300 orang peserta dari kakitangan kerajaan,badan bukan kerajaan, para pelajar serta penduduk dari dalam dan luar Negeri Sembilan.

Program yang bertema "Melestarikan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" ini mampu dihayati dari segi pemahaman akidah,ketuhanan, akhlak serta pembelajaran dan bimbingan dari Tuan Guru Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti mengikut buku yang dibagikan kepada para peserta yang bertajuk "Akidah Ahli Iman".

Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula hari ini Isnin 26 November 2018 sehingga Khamis 29 November 2018.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohamed Haji Hussein, Sohibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Ybhg. Dato' Haji Mohd Yusuf Haji Ahmad, Sohibul Fadilah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Haji Amran Awaludin serta Pengurus Lembaga Masjid Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Anwar Muttaqin.