« Back

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau

 

Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau 1440H / 2018M

REMBAU, 20 DIS - Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Mohd Sharif Haji Othman berkenan hadir Merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau 1440H / 2018M bertempat di Masjid Jamek An Nur, Rembau.

YTM Undang Luak Rembau juga turut berkenan menyampaikan Hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran.

Seramai 23 orang peserta meliputi enam ketegori iaitu Ketegori Remaja Lelaki, Ketegori Remaja Perempuan, Ketegori Dewasa Lelaki, Ketegori Dewasa Perempuan, Ketegori Veteran Lelaki dan Ketegori Veteran Perempuan melibatkan 12 Qari dan 12 Qariah telah menjalani saringan bermula 13 Disember 2018 bertempat di Masjid Jamek An Nur Rembau.

Bagi johan Ketegori Remaja Lelaki disandang oleh Shahrul Naem Abdul Mukti; Ketegori Remaja Perempuan, Nurul Aiman Abdul Rahman; Ketegori Dewasa Lelaki Muhammad Hakim Abd Aziz; Ketegori Dewasa Perempuan Siti Aisyah Baain manakala Ketegori Veteren Lelaki disandang oleh Abdul Mukti Lebai Ali dan Ketegori Veteran Perempuan disandang oleh Hajah Siti Gayah Tahir, masing-masing membawa pulang wang tunai RM1000, sijil penyertaan, hadiah iringan serta sumbangan wang tunai daripada YTM Dato' Undang Luak Rembau.

Di majlis ini juga satu ceramah perdana telah disampaikan oleh Imam Muda Hassan.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembila, Yb Sohibus Samahah Dato' Haji Yusof Haji Ahmad; Ketua Hakim Syarie Yang Amat Arif Tuan Abas Nordin; Pegawai Daerah Rembau Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al- Quran, Tuan Amino Agos Suyub dan Pegawai Hal Ehwal Agama Islan Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman.