« Back

Majlis Penutupan Program Intensif Timur Tengah 2017

 

 

SEREMBAN, 08 SEPTEMBER - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mangajurkan Program Penutupan Program Intensif Timur Tengah (PITT) 2017 yang diadakan di Klana Resort, Seremban.

Perasmian penutup PITT ini telah disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Menteri Besar juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta, tenaga pengajar dan urusetia PITT 2017 dan penyampaian surat pelarasan pembayaran balik pinjaman kepada pelajar tajaan MAINS di Timur Tengah yang telah menamatkan pengajian.

Antara lain, penyampaian sumbangan khas kepada pelajar penerima bantuan MAINS yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD serta penyampaian saguhati pelajar terbaik PITT 2017.

Bagi program PITT 2017 ini, seramai 14 orang pelajar telah ditaja bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam ke Maghribi dengan jumlah tajaan sebanyak RM 9,000 (Dermasiswa RM 5,000 / Pinjaman 4,000) setiap seorang.

Selain itu, seramai 6 orang pelajar telah ditaja bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian ke Mesir dengan jumlah tajaan sebanyak RM 30,400 (Dermasiswa RM 10,400 / Pinjaman RM 20,000) setiap seorang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS), YB Dato' Selamat Paigo; Setiusaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amram Kamaruddin; Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, YAA Dato Haji Mohd Sukor Sabuddin; Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, YB Dato' Johani Hassan dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Noor Azam Jamaluddin.