« Back

Majlis Penutupan Program Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan

 

SEREMBAN, 26 SEPT - Majlis Penutupan Program Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2017 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Musadad Haji Sulaiman, hari ini.

Beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta yang terlibat.

Majlis yang diadakan bertempat di Kompleks Al Sa'adah, Rahang ini dihadiri hampir 200 peserta yang menyertai Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2017.

Konvoi Kembara yang memasuki hari ketiga ini diteruskan ke Pusat Pembangunan Asnaf bagi melihat cara-cara pembuatan kek serta jahitan.

Seterusnya, lawatan ke Kilang Roti Encik Hamid, merupakan usahawan yang pernah menerima bantuan dari pihak Baitulmal MAINS dan kini telah berjaya membuka kilang rotinya sendiri serta mampu mengeluarkan zakat.

Turut hadir, Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, Tuan Haji Nor Azmi Haji Musa.