« Back

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Insentif KRS

 

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Insentif Mangkuk Tingkat.Com 2018.

SEREMBAN, 27 OKT - Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ybhg Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin telah hadir di Dewan KRS Warisan Puteri, sempena "Majlis Penyampaian Sijil Kursus Insentif Mangkuk Tingkat.Com 2018", hari ini.

Program yang disertai seramai 560 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf, siswazah yang masih menganggur serta golongan yang berpendapatan rendah telah menghadiri kursus yang berlangsung dengan pelbagai acara dan perkongsian ilmu maklumat yang dibimbing oleh 9 orang tenaga pengajar dari syarikat Mangkuk Tingkak. Com mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Antara lain, program ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada para peserta agar dapat menjana pendapatan sampingan serta melahirkan generasi usahawan yang berjaya di masa hadapan. Para peserta juga akan diberikan latihan secukupnya dan berpeluang membuat permohonan kepada pihak baitulmal mengikut prosedur yang telah di tetapkan agar lebih berdaya saing dan menjadi usahawan yang terlatih.

Setiausaha MAINS, Y.Bhg Dato Kamal Amran Haji Kamarudin telah diberikan penghormatan bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta dan seterusnya merasmikan program "Majlis Penyampaian Sijil Kursus Insentif Mangkuk Tingkak.Com.2018".

Turut hadir, Pegawai Baitulmal Negeri Sembilan,Ustaz Zainal Said, Pengarah Urusan Mangkuk Tingkat.Com, Tuan Khairul Anwar Abdul Rahman serta kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.