« Back

Majlis Penyerahan Cek Bantuan Persekolahan Asnaf Daerah Kuala Pilah

 
SENALING, 26 DIS - Seramai 250 penerima di kalangan asnaf fakir miskin daerah Kuala Pilah menerima bantuan cek persekolahan sempena permulaan persekolahan bagi sesi 2014 Januari ini.
 
Menurut Pengurus Baitulmal MAINS, YBhg Ustaz Zainal Bin Said, pihak  Baitulmal telah mengagihkan bantuan kepada penerima mengikut jumlah tanggungan diantara RM200 hingga RM1200 bagi setiap orang anak yang mendapat bantuan persekolahan.
 
"Pemberian sumbangan ini adalah bukti prihatin dan terima kasih kepada pembayar zakat yang akhirnya dapat disalurkan kepada golongan yang hak seterusnya menjadi matlamat baitulmal dalam menentukan hala tuju anak-anak asnaf untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna," jelas beliau.
 
Dalam majlis itu, seramai 10 penerima juga mendapat bantuan lengkap peralatan persekolahan.
 
Penyampaian cek bantuan persekolahan itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Ismail Bin Haji Lasim, Exco Kerajaan Negeri merangkap  ADUN Senaling.
 
Dalam ucapan beliau menegaskan, kerajaan melalui Baitulmal MAINS amat memandang tinggi dan perhatian penuh terhadap pendidikan anak-anak asnaf.
 
"Oleh sebab itu, pelbagai bantuan dihulurkan bagi memastikan anak-anak asnaf mendapat pendidikan sempurna melalui dana zakat yang diperolehi," katanya.
 
Terdahulu, penerima dan tetamu telah diserikan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan, YBhg Ustaz Mohd Khiruddin Bin Zainal Abidin.
 
Oleh : Mizi