« Back

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan-Badan Korporat

 

30/7 Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan-Badan Korporat

SEREMBAN, 30 JUL - Sebanyak tujuh buah syarikat tampil menunaikan zakat dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dengan jumlah keseluruhan kutipan RM 950 ribu yang diadakan di Dewan Aras 4 Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS) hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohamed Haji Husein dengan diiringi Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, Ustaz Nor Azmi Haji Musa.

Syarikat yang terlibat dalam penyerahan zakat tersebut adalah, Kumpulan Felda Global Ventures(FGV), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad,Rakyat Holdings Berhad, MBSB Bank Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusuf Haji Ahmad, Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato' Haji Selamat Paigo.