« Back

Majlis Perasmian Kursus Profesionalisme Keguruan SARNS

 

SEREMBAN, 6 FEB - Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun hadir merasmikan Majlis Perasmian Kursus Profesionalisme Keguruan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan hari ini.

Kursus yang diadakan bertempat di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi ini dihadiri seramai 305 orang guru-guru dari 56 buah sekolah diseluruh Negeri Sembilan.

Program ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan.

Di majlis yang sama, Menteri Besar turut menyampaikan morqoue cek bernilai RM716,000 kepada pihak MAINS bagi bayaran Bantuan Khas kepada 1,490 orang yang terdiri dari Guru Besar, Guru Kafa Tulen dan Guru Lantikkan Sekolah.

Hadir sama, Pengerusi MAINS, Dato' Haji Mohamed Haji Husein; Pengarah JHEAINS, Tuan Mohd Zaidi Ramli, Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengerusi MBGSAR, Tuan Haji Abdul Aziz Puteh.