« Back

Majlis Perasmian Masjid Kuarters KLIA

 

Majlis Perasmian Masjid Kuarters KLIA, Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat

NILAI, 21 DIS - Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Dohak berkenan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Kuarters KLIA, Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena 25 Tahun YTM Undang Luak Sungei Ujong Menyandang Pesaka KE-10.

YTM Undang Luak Sungei Ujong turut berkenan menandatangani plak perasmian masjid tersebut serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Seremban Tahun 2018M /1440H.

Masjid ini dibina pada tahun 1998 disebabkan limpahan pembangunan sewaktu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, tapak masjid berkeluasan 4.9 ekar telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Ruang legar solat utama masjid yang kini berumur 18 tahun, mampu menampung seramai 5000 hingga ke 7500 jemaah dalam satu masa, terdapat kemudahan lain di masjid ini termasuklah Sekolah Agama Rakyat yang mampu menempatkan 1000 orang pelajar, TASKI, dewan, kelas-kelas, pejabat masjid dan bilik penginapan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yb Sohibus Samahah Dato' Haji Yusof Haji Ahmad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan labu, Yb Tuan Haji Ismail Haji Ahmad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Mohd Zaidi Ramli; Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Mohamed Haji Husein; Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran kamarudin; Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Seremban, Ustaz Rozimi Zamri dan Pengerusi Masjid Kuarters KLIA, Tuan Haji Mohd Hasim Haji Munajat.