« Back

Majlis Perlepasan Kembara Denai Dakwah Siri Ke-3 2017

 

SEREMBAN, 27 SEPT - Majlis Perlepasan Penghantaran sebanyak 663 stok makanan ke seluruh Perkampungan Orang Asli Islam di seluruh Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks Al- Sa'adah Rahang.

Program yang bermula 27 sehingga 28 September merupakan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Sebagai info, program ini merupakan program bulanan yang kini masuk siri ketiga bagi tahun 2017.

Penghantaran stok kotak makanan ini terbahagi kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama diketuai oleh Pensyarah MAINS, Ustaz Mohd Syabil melibatkan penghantaran sebanyak 183 unit stok yang meliputi sembilan buah kampung.

Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Pensyarah Pensijilan MAINS, Ustaz Daud Leman dengan penghantaran 194 unit stok makanan melibatkan 10 kampung,

Seterusnya, kumpulan ketiga diketuai oleh Pensyarah Pensijilan MAINS, Ustaz Muhammad Dzikri Salim dengan penghantaran 145 unit stok makanan meliputi 6 buah kampung dan kumpulan keempat diketuai oleh Felo Dakwah Kompleks Al- Sa'adah, Ustaz Zamani Adam melibatkan 141 unit stok meliputi tujuh buah kampung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Nor Azam Jamaludin; Ketua Jabatan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Tuan Samad Yahya; Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Samad; Pemangku Pengurus Perbadanan Wakaf, Tuan Haji Azzerol Affendi Abdul Kadir dan Pengurus Kompleks Al- Sa'adah, Tuan Mohd Adnan Abdullah.