« Back

Majlis Ramah Mesra dan Lawatan Kerja Menteri Besar ke JASA

 

SEREMBAN, 1NOV - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Sembilan telah menerima kunjungan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan sempena Majlis Ramah Mesra dan Lawatan Kerja beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, hari ini.

Majlis yang diadakan bertempat di
Bilik Mesyuarat JASA, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini turut dihadiri oleh kira-kira 50 pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Taklimat Pelaksanaan Program dan Gerak Kerja dibawah JASA telah disampaikan oleh Pengarah JASA Negeri Sembilan, En. Mustapha Nagoor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Seri Haji Mat Ali Hassan; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Johan Hassan dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.