« Back

Majlis Ramah Mesra Dekan Universiti Mohamed V Maghribi

 

SEREMBAN, 26 NOV - Majlis Ramah Mesra Dekan Universiti Mohamed V Maghribi Bersama Alumni Universiti Mohamed V Maghribi telah diadakan di Dewan Ballroom Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Dua orang wakil yang terlibat dalam lawatan ini adalah Dekan Universiti Muhamad V, Dr. Jamal El- Hani dan Wakil Parlimen Kerajaan Maghribi, Dr. Hassan Ammari.

Program lawatan kerja ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara pihak Universiti dan MAINS.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh salah seorang pelajar tajaan MAINS.

Seramai 31 orang alumni dan 19 orang pelajar tajaan MAINS yang sedang mengikuti kelas bahasa arab di Kolej Islam As-Sofa Ampang hadir meraikan program yang diadakan ini.

Pihak deligasi juga turut dibawa melawat sekitar kawasan menara MAINS diiringi Pengerusi MAINS, Dato' Haji Mohamed Husein dan Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin.

Terdahulu pada 10 hingga 22 Oktober, pihak MAINS yang diketui oleh Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri bersama beberapa Pegawai MAINS telah membuat lawatan ke Universiti Diraja Mohamad V Maghribi bagi tujuan yang sama.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal MAINS, Ustaz Nor Azmi Haji Musa; Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said,Pengurus Sekreteriat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT), Ustaz Uzairi Adam dan Pegawai MAINS, Ustaz Omar Mokhtar.