« Back

Majlis Tauliah Kepada Pentadbiran Agama Islam N.Sembilan.

 

 

DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada Pentadbiran Agama Islam.

KUALA PILAH, 22 DIS - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan Tauliah kepada pentadbiran agama Islam di Majlis yang berlangsung bertempat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Hari ini.

Pentauliahan diberikan kepada Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi sesi 2018-2021, Ahli Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Bagi Sesi 2018-2021, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan turut menyampaikan Pentauliahan kepada Pegawai Kehakiman Syariah serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Bagi Ahli MAINS, mendahului penerima ialah Pengerusi MAINS Dato' Haji Mohamed Haji Husein dan Timbalan Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Lain-lain ahli MAINS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Yb Dr.Razali Ab.Malik; Penasihat Undang-Undang Negeri, Tuan Mohd Azhar Mohd Yusof; Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Khidir Majid; Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yb Sohibus Samahah Dato' Yusof Haji Ahmad; Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Noor Azam Jamaludin; Pengarah JHEAINS, Tuan Mohd Zaidi Ramli serta Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang, Dato' Haji Jemal Zainal Haji Kasim.

Mewakili Ulama sebagai ahli MAINS ialah Dato' Haji Bahrum Haji Hasbullah; Dato' Haji Hussain Haji Harun; Prof Madya Dr. Faudzinaim Haji Badarudin dan Prof.Madya Dr.Zulkefli Hassan.

Wakil lain ialah, YM Tengku Dato' Baharuddin Tengku Dato' Bahadur; Jen.(B) Tan Sri Dato' Seri Mohd Shahrom Dato' Haji Nordin; Prof. Dato' Noor Azizah Haji Mohd Awal; Dato' Haji Abd Wahab Ahmad dan Ustaz Jaafar Muhammad.

Sementara itu turut menerima Pentauliahan ialah Ahli Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Bagi Sesi 2018-2021, Pengerusi MAINS, Dato' Haji Mohamed Haji Husein; Timbalan Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Lain-lain ahli, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Dr. Razali Ab.Malik; Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Khidir Majid, Pengarah JHEAINS, Tuan Mohd Zaidi Ramli; Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin; Dato' Mohd Fadzli Yusof dan Ustaz Jaafar Muhammad.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan turut menerima Pentauliahan iaitu Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Semnilan, Sohibul Fadhilah Tuan Amran Awaludin.

Bagi Ahli Jawatankuasa Fatwa diberikan kepada Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Haji Yusof Haji Ahmad dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibuk Fadhilah Tuan Amran Awaludin.

Lain-lain ahli, Dato' Haji Mohamed Haji Husein; Dato' Haji Baharum Haji Hasbullah; Prof. Madya Dr. Faudzinaim haji Badarudin; Dr.Mohd Farid Mohd Syahran; Dr.Haji Syuhadak Mahmud; Dr.Adnan Mohamed Yusof; Tuan Haji Zamani Ibrahim; Dr. Haji Arshad Haji Abdul Samad dan Tuan Mohamad Tahir Kamis.

Bagi Kehakiman Syariah Negeri Sembilan penerima tauliah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Tuan Abas Nordin; Hakim Makhamah Rayuan Syariah, YA Dato' Haji Hussin Harun; YA Dato' Haji Baharum Hasbullah; YA Dato' Haji Arshad Haji Abd Samad; YA Prof Adjung Dato' Dr.Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar; YA Tuan Mohd Amran Mat Zain, YA Tuan Haji Saarani Ismail; Hakim Makhamah Tinggi Syariah, YA Tuan Kamal Bashah Dato' Ahmad Tajudin; YA Tuan Abdul Halim Muhammad, Hakim Makhamah Rendah Syariah, Tuan Azmi Aziz; Tuan Mohamad Yusri Kasim; Tuan Sabarudin Bidin dan Penolong Pendaftar Makhamah Syariah, Tuan Mohd Adil; Tuan Abd Muthalib Mohd Yunus, Tuan Samsol Salleh; Puan Siti Zulaikha Bakhtiar; Puan Nur Azinah Md Ali.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan juga berkenan menyampaikan tauliah kepada pentadbiran JHEAINS iaitu penerimanya ialah Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sembilan, Mohammad Rushdan Ab.Hamid; shafie Muhammad; Mohd Nidzar Nor Mohamad dan Ahmad Hilal Kasim.

Selain itu juga, Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sembilan turut menerima tauliah iaitu, Amirul Hafiz Mohd Amin; Tuty Darlis Nasarudin; Nur Faizatul Ezzati Isnan dan Nur Fadzillah Abd Ganie.

Turut menerima Tauliah Iaitu Pendaftar Sekolah Islam Negeri Sembilan, Ahmad Azhari Talib dan Timbalan Pendaftar Sekolah Islam Negeri Sembilan, Shafie Shaari; Mohd Nazri Mohd Norawai; Azhar Ibrahim; Amir Intizam Othman; Rozimi Zamri; Muzahar Mat Deli; Fadhli Yutiman; Mohd Raizalani Mohd Rais dan Muhyidin Aziz.