« Back

MANIS Edar 2000 Bungkusan Makanan

 
 
 
MANIS Edar 2000 Bungkusan Makanan Ke Sekitar Daerah Seremban

SEREMBAN, 09 JUN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dan Utusan Malaysia telah menganjurkan Program Ziarah Sahur IPT 4.0, malam tadi.

Perlepasan 50 peserta dari MANIS yang diadakan di Perkarangan MAINS Aras 3 telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Dato' Kamal Amran Kamarudin.

Sebanyak 2000 bungkusan makanan telah diperuntukkan oleh pihak MAINS untuk diedarkan ke sekitar Daerah Seremban seperti di Institut Pendidikan, Rumah Anak Yatim dan Agensi Awam.

Program yang dianjurkan kali ke empat ini bertujuan untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan dan menyemarakkan lagi semangat sukarelawan serta semangat berwakaf diantara mahasiswa.

Selepas pengagihan makanan tersebut, para peserta yang terlibat dikalangan mahasiswa/wi berkumpul di masjid Hussain Seremban 2 untuk bersahur dan menunaikan solat subuh berjemaah.