« Back

Pelepasan Konvoi Kembara Denai Dakwah NBOS Siri Ke-3 2017

 

SEREMBAN, 05 DIS - Majlis Pelepasan Kembara Denai Dakwah NBOS Siri Ke-3 2017 telah diadakan bertempat di Kompleks As-Saadah Negeri Sembilan, hari ini.

Program ini mengkhususkan kepada penghantaran stok makanan ke seluruh perkampungan orang asli islam di Negeri Sembilan yang melibatkan 32 buah kampung keseluruhannya. 
Antara agensi kerajaan yang terlibat di dalam program ini adalah Regimen Askar, Majlis Pembandaran Seremban (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sebanyak 663 kotak berisi barangan keperluan asas dapur akan diagihkan dalam pecahan empat kumpulan berasingan.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Kenderaan Pacuan Empat Roda telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.

Turut hadir, Jurutera Daerah JKR Tampin, Ir. Khairul Azmeel Mohd Sopery; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha; Pemangku Pengurus Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, Tuan Haji Azzerol Effendi Abdul Khadir dan Pengurus Kompleks As-Saadah, Tuan Muhammad Adnan Abdullah.