« Back

PENYAMPAIAN BANTUAN ASNAF DAERAH TAMPIN 2014

Tarikh: 09 Januari 2013

Tempat: Dewan Kuliah Baitulmal Tampin

TAMPIN - Baitulmal MAINS Daerah Tampin telah menganjurkan Program Penyampaian Bantuan Asnaf 2014 di Dewan Kuliah Baitulmal Tampin bagi menyampaikan bantuan bulanan kepada asnaf daerah tersebut.

Seramai 50 penerima bantuan asnaf menerima bantuan kesihatan, pedidikan, kebajikan dari pihak Baitulmal. Baitulmal juga memperuntukkan sejumlah RM9800 bagi keseluruhan bantuan yang diberi meliputi 50 penerima terbabit. Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Said Abdullah bin Said Ahmad.

Menurut Pegawai Baitulmal Daerah Tampin, Najihah Bte Mohd Salim, pihak baitulmal menyalurkan bantuan bulanan kepada golongan asnaf seluruh daerah dengan pelbagai jenis bantuan selaras kehendak kerajaan mencapai matlamat mensejahterakan rakyat yang kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, program penyampaian yang diadakan akan dipenuhi dengan majlis ilmu disamping menerima bantuan. Justeru, penerima asnaf telah disajikan dengan ceramah ilmu oleh penceramah jemputan, YBhg. Hj Abdul Ghani bin Sulaiman mengenai kepentingan berbelanja dan keutamaan dalam mendidik dan memelihara akidah anak-anak.

Oleh: Mizi / Eisya