« Back

Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir dan Miskin PD

 

242 Asnaf DUN Linggi Terima Bantuan Fakir Miskin

PORT DICKSON, 28 MAC - Seramai 242 asnaf fakir dan miskin dari 9 kariah Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi telah menerima bantuan tambahan dalam Program Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir dan Miskin anjuran Baitulmal Daerah Port Dickson di Masjid Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson telah memperuntukkan RM48,400 untuk diagihkan kepada asnaf sekitar DUN Linggi, dengan masing-masing mendapat RM 200 setiap seorang.

Majlis perasmian dan penyampaian telah disempurnakan oleh ADUN Linggi, YB Dato' Haji Abd Rahman Mohd Redza bersama Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Nur Syahidah Abu Bakar.

Ceramah motivasi bertajuk "Indahnya Rejab dan Israk Mikraj" sebagai pengisian program tersebut telah disampaikan oleh penceramah bebas, Ustazah Zarina Zanudin.

Hadir sama, Pengerusi Kariah Masjid Kampung Sawah,Ustaz Fakhrurrazi Mohd Yusuf, Imam 2, Haji Hamdan Johari dan Siak Masjid, Ajis Yaman.