« Back

Penyampaian Bantuan Hari Raya DUN Seri Menanti

 

SERI MENANTI, 13 JUN - Sebanyak RM78,600 telah diagihkan kepada 262 asnaf fakir dan miskin dengan jumlah RM300 seorang di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti.

Selain itu, sebanyak RM17,500 bagi 35 surau di sekitar DUN Seri Menanti juga turut diagihkan pada majlis yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, YB Dato' Abd Samad Haji Ibrahim hadir menyempurnakan majlis penyampaian bantuan tersebut.

Bantuan yang disediakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini adalah merupakan bantuan bagi menyambut kedatangan bulan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Turut hadir, Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said.