« Back

Penyerahan Bantuan Katil bagi Permohonan Bantuan Perubatan di Daerah Rembau

 

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Pejabat Baitulmal Daerah Rembau diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk turun padang membuat serahan katil kepada pemohon bantuan di sekitar Rembau. Seramai 2 orang pemohon yang menghidapi sakit angin ahmar terlantar telah dikenalpasti di sekitar Kampung Penajis Bandar dan Kg Lengung Ulu Rembau hasil maklumat orang ramai dan kerjasama yang baik oleh Pejabat Penyelaras Dun Kota.

Penghantaran katil tersebut di serahkan wakil kakitangan baitulmal: Ustazah Shahirah kepada waris pemohon Encik Saharudin Bin Ahmad dan juga kepada Encik Jalil di rumah masing-masing.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para pembayar zakat dan pemimpin setempat yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat miskin setempat.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban yang dipikul oleh para penerima bantuan serta diterima Allah s.w.t.. Ummah terbela, masyarakat sejahtera insya Allah.