« Back

Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

 

SEREMBAN, 08 JAN - Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang pertama bagi tahun 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri, Seremban, hari ini.

Sebanyak sembilan jabatan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Tanah Dan Daerah Seremban, Jabatan Kewangan Negeri Sembilan, Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menerima replika cek setelah memperolehi lima bintang di dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti tahun 2016.

Menteri Besar Negeri Sembilan turut menyempurnakan penyerahan replika cek bonus kepada 35 Jabatan Negeri di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Selain itu, lafaz ikrar bagi mengukuhkan jati diri penjawat awam di Negeri Sembilan agar dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik telah dilafazkan secara beramai-ramai oleh semua kakitangan jabatan yang hadir diketuai oleh Saiful Bahrin Baharuddin daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Seri Haji Mat Ali Hassan; Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad; Pengarah JHEAINS, Dato' Haji Selamat Paigo dan Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.