« Back

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

 

SEREMBAN, 11 Apr - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,405,000.00 kepada Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMNS) dalam satu majlis rasmi di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan menerima persembahan zakat perniagaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diserahkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zeti Aziz, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad disaksikan sama oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Mohamed Bin Hj. Husein, Pengerusi, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Y.Bhg. Dato' Abdul Rahman Ahmad, Presiden dan Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.

Hadir sama Y.Bhg. Dato' Mohd. Nizam Zainordin, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Y.Bhg. Dato' Hj. Kamal Amran Bin Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Negeri Sembilan, al-Fadhil Ust. Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Aziz Anuar Naib Presiden Kanan Urusan Korporat dan Bahagian Komunikasi, Y.Brs. Ust. Nor Azmi Bin Hj Musa, Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan.

Semoga dengan pelaksanaan ibadah zakat ini, perniagaan dan perolehan syarikat akan terus subur dan berkembang.