« Back

Peruntukan RM23,950 MAINS Untuk Bantuan Persekolahan

 

Peruntukan RM23,950 MAINS Untuk Bantuan Persekolahan DUN Pilah

KUALA PILAH, 19 DIS - Sebanyak RM23,950 telah diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah bagi tujuan agihan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pilah hari ini.

Seramai 106 pelajar dikalangan anak asnaf mendapat manfaat dari program yang diadakan bertempat di Masjid Jamek Yamtuan Raden Kuala Pilah ini. Agihan bantuan tersebut terdiri daripada Pra Sekolah (5 orang) dan masing-masing menerima RM 150 seorang, Sekolah Rendah (46 orang) menerima RM 200 seorang, 54 pelajar dari Sekolah Menengah masing-masing menerima RM 250 seorang dan seorang pelajar Vokasional menerima RM 500.

Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pilah, YB Dato' Hajah Norhayati Omar hadir menyempurnakan perasmian serta penyampaian bantuan.

Turut diadakan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Mohamad Hidayat Abd Hamid.

Hadir sama, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Pilah, Ustaz Hasbollah Ahmad.