« Back

Perutusan Khas MAINS Sempena Ramadhan

 

Perutusan Khas MAINS Sempena Ramadhan

SEREMBAN, 14 MEI - Perutusan Khas Sempena Ramadhan bersama pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah diadakan di Tingkat 16, Menara MAINS.

Antara agenda yang dibincangkan adalah perancangan program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin mempengerusikan perjumpaan yang dihadiri kira-kira 80 kakitangan MAINS.

Beliau turut meletakkan harapan supaya kakitangan MAINS terus komited dalam menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab untuk membantu dan memberi kebaikan kepada orang lain khususnya para asnaf fakir dan miskin di Negeri Sembilan.