« Back

Program Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Dan Peyampaian Sumbangan

 

7/5 Program Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Dan Peyampaian Sumbangan Asnaf DUN Kota.

REMBAU, 7 MEI - Seramai 412 asnaf dan fakir miskin dari DUN Kota menerima bantuan tambahan di dalam Program "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" Dan Penyampaian Sumbangan Bantuan Fakir Miskin yang diadakan di Masjid Kariah Lubok China, hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian bantuan tambahan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ustaz Zainal Said.

MAINS melalui Pejabat Baitulmal Daerah Rembau memperuntukkan RM82,400 untuk diagihkan dan setiap asnaf menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.

Ceramah khas bertajuk "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" daripada penceramah jemputan, Ustaz Abdullah Abd Razak antara pengisian utama program tersebut.

Turut diadakan pemeriksaan Kesihatan percuma yang disediakan oleh pihak Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dengan kerjasama Klinik Pakar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Turut hadir, Pegawai Baitulmal Daerah Tampin; Ustaz Mohd Hasbullah Ahmad,Penolong Pegawai Baitulmal Daerah Rembau;Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Aziz;Pengerusi Masjid Kariah Lubok China; Prof. Dr. Haji Hashim Hamad dan Doktor Pakar Perubatan Keluarga,Klinik Pakar USIM; Dr. Fatimah Begum Syed Muhiddin.