« Back

Program Diskusi Kitab Aqidah Nahjus

 
Program Diskusi Kitab Aqidah Nahjus Salamah Ila Mabahithil Imamah.

SEREMBAN, 20 DEC - Seketariat Mahasiswa Timur Tengah ( SMART) melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan Program "Diskusi Kitab Aqidah Nahjus Salamah Ila Mabahithil Imamah" di Dewan Bangunan Aras 4 MAINS, hari ini.

Penceramah jemputan khas,Ulama dari Afrika Selatan, Syeikh Taha Karaan telah mengendalikan program selama dua hari bermula dari 19 December sehingga 20 December 2018 bersamaan hari Rabu dan Khamis.

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada Madrasah Al -Hikmah Jelebu serta beberapa madrasah tahfiz sekitar Seremban termasuk orang awam hadir bagi mengikuti program diskusi kitab ini yang disampaikan menerusi penyampaian didalam bahasa Inggeris.

Objektif program ini diadakan bagi memantapkan lagi ilmu keagamaan serta pendekatan kepada para ulama yang berilmu untuk berkongsi pandangan dan maklumat dalam pengajian kitab serta bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.

Turut hadir,Pegawai Hal Ehwal Islam SMART, Ustaz Amir Imran Abdul Rashid serta kakitangan SMART.