« Back

Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama SPRM

 

Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan

SEREMBAN, 5 DIS - Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Royale Chulan Seremban, hari ini.

Seramai 90 kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melafazkan ikrar yang diketuai oleh Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Ramli Ismail.

Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan SPRM untuk memerangi gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ceramah berkaitan rasuah telah disampaikan oleh Penolong Penguasa SPRM, Tuan Azizul Feisal.