« Back

Program Kaunseling Keluarga Asnaf Fakir Miskin

 

KUALA PILAH, 26 JULAI - Program Kaunseling Keluarga Asnaf Fakir Miskin Daerah Kuala Pilah yang bertemakan " Membina Kasih Dirayu Sayang Dipadu" anjuran Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah telah diadakan di Dewan Hayati Pejabat Felcra Melang, Kuala Pilah.

Program yang disertia kira-kira 20 keluarga asnaf ini telah dikendalikan oleh beberapa kakitangan dari Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS).

Turut diadakan juga antaranya program art theraphy yang memberi ruang kepada asnaf berkongsi dan meluahkan apa yang mereka lalui di dalam dalam bentuk lukisan di samping memberi ruang kepada fasilitator meneroka permasalahan yang berlaku serta membantu asnaf menyelesaikan permasalahan mereka.

Selain itu, Pihak Baitulmal Daerah Kuala Pilah telah memperuntukkan sebanyak RM2,000 bagi diagihkan kepada asnaf yang hadir yang mana setiap keluarga asnaf menerima RM100.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Pilah, Ustaz Hasbollah Ahmad.

Hadir sama, wakil PK MAINS Kuala Pilah,Encik Mohd Hasni Zulkefli dan Puan Aminah Nor Ujang.