« Back

Program Korban Bersama Asnaf 2018

 

Program Korban Bersama Asnaf 2018.

JELEBU, 25 OGOS– Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS ) melalui Baitulmal Daerah Jelebu telah memperuntukan seekor lembu bagi mengadakan "Program Ibadah Korban Bersama Asnaf" di Masjid Kariah Kampung Gagu, hari ini.

Sejumlah 44 penerima asnaf fakir dan miskin yang terpilih melibatkan dua kariah kampung antaranya dari Kariah Kampung Gagu dan Kariah Kampung Teriang layak menerima bekalan daging korban ini.

Antara lain, bantuan tambahan sejumlah RM 100 bagi setiap seorang penerima asnaf turut sempurnakan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam,Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau (JHEAINS), Ustaz Danial Farhan Dol Mat.

Turut hadir, Nazir Masjid Kariah Kampung Gagu, Tuan Haji Jantan Tinin, Pegawai Baitulmal Daerah Jelebu,Puan Siti Hawa Majid serta kakitangan Baitulmal Jelebu dan penduduk Kariah Kampung Gagu.